-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MESSAGE FROM PRESIDENT OF MAJLIS DATO' DATO' NEGERI PULAU PINANG, YBHG. TAN SRI DATO' ONG GIM HUAT

English Version


I am very honoured to be elected as the President of Majlis Dato' Dato' Negeri Pulau Pinang for 2013-2015. I wish to extend my heartfelt gratitude to all the members for their strong support and confidence in me to lead the Majlis for the new term of office. Indeed, together with my Deputy President Dato' Dr. Kenny Ong Kean Lee, Vice Presidents Dato' Vaseehar Hassan Abdul Razack, Dato' Hj. Abdul Rafique bin Abdul Karim and Dato' Seri Choot Ewe Seng and our team of capable, dynamic and committed members, we will do our very best to achieve the objectives of the Majlis, particularly in contributing to the well-being of the community and enhancing the public image of the Majlis.

We have drafted our plan of action for 2013-2014 and we look forward to the strong support and active participation from all our members. Among the activities that will be carried out are the following:

  • Courtesy Call on TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang who is also our Patron
  • Welcome Reception for new Dato'
  • TYT's visit to Kepala Batas Hospital
  • Fellowship Night
  • Presentation of Prosthesis and
  • Patron's Night

I am aware of the heavy responsibilities and challenges in leading the Majlis Dato' Dato' Negeri Pulau Pinang as this is an exclusive and prestigious organisation. I sincerely welcome ideas and suggestions to bring the Majlis to greater heights of success. I also hope our membership will increase significantly in the near future.

I wish to thank the web editorial team led by Dato' Ar Jong East Full for its precious time and efforts in preparing, compiling and updating the articles in this website in order to make the website both interesting and current.

Yours Sincerely,
(TAN SRI DATO' ONG GIM HUAT)

 

Versi Bahasa Melayu

Saya merasa amat kagum dengan penghormatan yang diberi menerusi pelantikan saya sebagai Presiden Majlis Dato' Dato' Negeri Pulau Pinang bagi tempoh 2013-2015. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli atas keyakinan dan sokongan kuat terhadap saya untuk mengetuai Majlis ini. Sememangnya saya dan Timbalan Presiden Dato'Dr. Kenny Ong Kean Lee, Naib Presiden-Naib Presiden Dato' Vaseehar Hassan Abdul Razack, Dato' Seri Choot Ewe Seng serta ahli-ahli Jawatankuasa Majlis yang berkaliber, dinamik dan komited akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan tanggungjawab kami dengan sebaik-baiknya demi mencapai objektif Majlis, terutama dalam sumbangan terhadap kesejahteraan masyarakat dan peningkatan imej Majlis ini. Kami telah merangka Cadangan Aktiviti bagi tempoh 2013-2014 dan kami amat berharap akan mendapat kerjasama dan sokongan kuat serta penyertaan secara aktif daripada semua ahli. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan termasuk:
  • Kunjungan Hormat kepada TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang merangkap Penaung Majlis
  • Jamuan Aluan untuk Dato' Dato' baru
  • Lawatan TYT ke Hospital Kepala Batas
  • Malam Mesra
  • Penyampaian 'Prosthesis' dan
  • Malam Penaung

Saya sedar tentang tanggungjawab berat dan cabaran yang menghadapi saya selaku Presiden Majlis Dato' Dato' Negeri Pulau Pinang memandangkan Majlis ini merupakan sebuah pertubuhan yang eksklusif dan berprestij. Saya mengalu-alukan ide dan cadangan untuk meningkatkan prestasi Majlis ini. Saya juga berharap jumlah keahlian Majlis akan bertambah dalam masa terdekat.

Saya merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Penyunting Laman Web yang diketuai oleh Dato' Ar Jong East Full atas usaha dan masa mereka yang tidak ternilai dalam menyediakan, mengumpul dan mengemaskini bahan-bahan laman web ini untuk menjadikannya laman web yang amat menarik.

Yang Benar,
(TAN SRI DATO' ONG GIM HUAT)

 

Alamat Rasmi Pejabat:
J.L Ong & Associates, Suite 1, 123-J Jalan Utama, 10450 Penang
Tel: 04-2292018 | Fax: 04-2284337 | Email: office@jlongkh.com.my
© 2010 Majlis Dato' Dato' Negeri Pulau Pinang.
All rights reserved.

Website Developer GenesisSIX