-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RITUAL AND PROTOCOL



PROTOKOL BANKUET ATAU SANTAPAN DIRAJA, TERMASUK ISTIADAT PENTAULIAHAN DIRAJA

  1. Semua ahli Majlis diminta duduk sebelum Tuanku, Tun atau Tetamu Undangan Khas VVIP (dignitari dari luar Negara) tiba. Untuk Majlis Dato-dato, semua diminta duduk kecuali ahli-ahli Majlis yang diminta bersalam dengan Tuanku, Tun atau Tetamu Undangan Khas VVIP diluar ruang bilik santapan.
  2. Majlis berdiri apabila pengecara majlis mengistiharkan ketibaan tetamu utama (Tuanku, TYT, Naib Canselor dll). Lagu Negara-Ku dimainkan apabila tetamu utama tiba di tempat duduk . Pancaragam untuk lagu kelasik harus diambil dari unit Polis diRaja atau Tentera di raja.
  3. Presiden atau ketua Majlis yang menganjurkan Majlis (umpamanya Ketua Menteri untuk Bankuet Negeri, Naib- Canselor untuk Istiadat Pentaulian Diraja, Pelapes IPTA ) diminta memberi penghormatan salam dalam Bahasa Melayu (toast) kepada Yang di Pertuan Agong. Beliau akan diminta memberi penghormatan salam oleh Pengerusi Majlis.
  4. Majlis terus berdiri. Selepas upacara ini selesai, lagu Negeri "Untuk Negeri Kita" (For Our State) dimainkan. Selepas tamat permainan lagu negeri, Presiden atau Ketua Menteri atau Naib-Canselor memberi penghormatan salam dalam Bahasa Melayu (toast) kepada Tuanku, Tun atau tetamu utama (Tuanku, Tun dll). Majlis berduduk selepas upacara ini selesai.
  5. Presiden atau Ketua Menteri memberi Ucaptama. Ini seharusnya ringkas dan tidak mengambil lebih dari 10 minit.
  6. Santapan dimulakan. Lagu kelasik Melayu , Cina atau Inggeris sahaja boleh dimainkan tiap-tiap kali selepas satu idangan (course) selesai dihidangkan. Pancaragam, tidak akan mula bermain lagu selagi para pelayan masih menghindangkan makanan. Pertunjukan tarian asli boleh diadakan pada masa ini.
  7. Sebelum manisan disediakan, pertunjukan tarian asli atau/dan pertunjukan solo kelasik boleh diadakan untuk membolehkan band berrehat. Pertunjukan solo kelasik haruslah bersesuaian dengan Majlis.
  8. Sebelum Majlis bersurai, upacara memotong kek atau persembahan sijil atau hadiah boleh diadakan. Ini tidak seharusnya mengambil lebih dari 10-15 minit.
  9. Keberangkatan pulang tetamu utama perlu diistiharkan dan diteruskan dengan permainan Lagu Negara ku dan lagu Negeri. Ketika Tetamu utama berangkat keluar, para tetamu boleh berbaris untuk bersalam dengan Tuanku, Tun Tetamu Undangan VVIP dan sebagainya.
Disediakan oleh Dato' Prof Wazir Jahan Karim, Pengerusi JK Halaman Web dan Penyelidikan.

PENANG STATE ANTHEM

"Untuk Negeri Kita" - For Our State

Selamat Tuhan Kurniakan
Selamat Pulau Pinang
Negeri Ku Yang Mulia
Kutaat dan Setia
Aman dan Bahagia
Majulah Jayalah
Negeriku yang ku Cinta
Bersatu dan Bersama
Untuk Negeri Kita

English Translation

May God grant Safety
Safety to Penang
My Noble State
To which I am Loyal and Faithful
Peaceful and Happy
May you Progress and Succeed
My State which I Love
United and Together
For Our State

The lyrics and music of this State Anthem was composed by James W. Boyle (1922-1971)
Alamat Rasmi Pejabat:
J.L Ong & Associates, Suite 1, 123-J Jalan Utama, 10450 Penang
Tel: 04-2292018 | Fax: 04-2284337 | Email: office@jlongkh.com.my
© 2010 Majlis Dato' Dato' Negeri Pulau Pinang.
All rights reserved.

Website Developer GenesisSIX