Tun Mohd. Ali terima anugerah Darjah Utama Pangkuan Negeri Pulau Pinang

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (TYT), Tun Dato’ Seri Utama Dr. Abdul Rahman Abbas hari ini berkenan mengurniakan penganugerahan Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N) kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama, Tun Dr. Mohd. Ali Rustam.

Darjah kebesaran yang membawa gelaran Dato’ Seri Utama itu disampaikan pada Istiadat Khas Penganugerahan Darjah Utama Pangkuan Negeri dekat Anjung Mutiara, Seri Mutiara di sini sebentar tadi.

Ketua Menteri hadir menyaksikan istiada penganugerahan Darjah Utama Pangkuan Negeri oleh Tun Dr. Abdul Rahman Abbas kepada Tun Dr. Mohd. Ali Rustam.

Istiadat penganugerahan Darjah itu disaksikan oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dan isteri, Puan Tan Lean Kee manakala bacaan doa pula disempurnakan oleh Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor.

Turut berangkat pada istiadat tersebut ialah isteri TYT, Toh Puan Majimor Shariff; isteri Mohd. Ali, Toh Puan Asmah Abd. Rahman; Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Dato’ Law Choo Kiang serta barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Terdahulu, Mohd. Ali mengadakan kunjungan hormat ke atas Abdul Rahman pada jam 12.30 tengah hari selama kira-kira 30 minit hari ini.

Kunjungan tersebut adalah bersempena lawatan rasmi beliau serta delegasi ke negeri Pulau Pinang selama tiga hari bermula semalam (25 April 2021).

Oleh : SUNARTI YUSOFF
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enquire here

Give us a call or fill in the form below and we'll contact you. We endeavor to answer all inquiries within 24 hours on business days.